Home

Assalamualaikum and hello to all,
Yati's current work in progress:
1) Cross stitch 'Bouquet of Roses' for Miss Juliana, Sarawak.
2) Knitted cardigan.
3) Cross stitch name for Mrs. Wan Fadilah, Terengganu.
4) Cross stitch family potrait for Mrs. Wan Fadilah, Terengganu.
I will be online on alternate days in order to finish my projects.
ONLINE: Monday, Wednesday and Friday
NOT ONLINE: Tuesday, Thursday, Saturday and Sunday
Thank you and happy stitching! ^_^



Apa itu Cross Stitch?
Cross stitch ialah jahitan berbentuk silang pangkah atau berbentuk XXXXX yang dijahit berdasarkan pola atau pattern untuk membentuk gambar.

Cross stitch dijahit atas kain yang dipanggil Aida, linen dan evenweave. Ia juga merupakan salah satu jenis jahitan sulaman tertua dijumpai di serata dunia.
Banyak muzium rakyat mempamerkan contoh pakaian dihiasi dengan cross stitch, khususnya dari benua Eropah dan Asia.
Secara tradisional, cross stitch dijahit untuk menghias kain di dapur, peralatan rumah seperti sarung bantal dan alas meja. Kini, cross stitch dijahit di atas kain dan digantung di dinding sebagai dekorasi, juga dihias sebagai bag, cenderamata dan banyak lagi.
Benang cross stitch yang paling umum digunakan adalah dari jenis kapas. Ia terdiri daripada enam helai (six strands) yang dipintal bersama dan mudah dipisahkan.

Selain benang dari kapas, bahan lain yang digunakan ialah pearl cotton, benang Danish flower, sutera dan rayon.
Ada juga benang jenis wool, benang metalik dan benang khas lain digunakan untuk menyerlahkan lagi hasil cross stitch, seperti benang hand dyed, iaitu benang yang diwarna dengan tangan.

Jenis Jahitan Cross Stitch
Jenis jahitan dalam cross stitch selain dari jahitan penuh (full stitch) termasuklah quarter stitch, half stitch, three-quarter stitch dan backstitch.
Cross stitch juga digunakan bersama sulaman lain termasuk penggunaan manik, butang dan pelbagai lagi.
Variasi jahitan cross stitch yang lain termasuklah basic cross stitch, long-armed cross stitch, double cross stitch, Italian cross stitch, basket stitch, leaf stitch, Herringbone stitch dan banyak lagi.














.png)















